Rayma, Sabar ah~ insyaAllah, tuhan tunjukkan kebenarannya kalau tani bersabar... This is for You :) love ya lil sis...

Sabar bermaksud hati teguh dan tidak melawan terhadap sesuatu dan lawannya ialah gelisah. Allah
ada merakamkan kata-kata satu kaum yang menidakkan sabar dan berputus asa dengan rahmat Allah
.
Firman-Nya yang bermaksud:
“Sama saja kepada kita, sama ada kita menggelisah, mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (daripada azab itu).” (Surah Ibrahim, ayat 21)
Menurut Dr Mohd Yusuf Al-Qardhawi, sabar adalah sebesar-besar akhlak al-Quran kerana kalimah itu sering disebut dalam kitab suci dan ia bukan saja merujuk kepada surah mengajar manusia mengenai iman tetapi juga surah yang menerangkan cara hidup manusia mukmin.
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumud Din, ada melebihi 74 kalimah sabar dalam al-Quran. Sementara Ibnu Qayyim dalam kitabnya Madarij As Salikin, memetik daripada Iman Ahmad menerangkan sabar dalam Al-Quran disebut melebihi 94. Walau berapa pun jumlahnya, sifat sabar tetap dianggap antara sifat mahmudah yang boleh mendorong seseorang menjadi insan bertakwa.
Allah
berfirman yang bermaksud:
“Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar. Dan bersabarlah (Wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah
, dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.” (Surah an-Nahl, ayat 126-127)
Banyak hadis Rasulullah SAW menceritakan kepada kita betapa ganjaran, kelebihan dan kebaikan yang Allah
anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan yang banyak.”
Sememangnya sifat sabar menghadapi pelbagai keadaan sudah Allah
bekalkan kepada setiap hambanya terutama sabar melaksanakan ketaatan ketika beribadat kepada Allah
kerana bersabar melaksanakan ketaatan kepada Allah
bukan perkara enteng.
Ia hendaklah disertai sifat ikhlas dan usaha yang sungguh-sungguh. Terkadang kita rasakan mudah untuk melakukan sesuatu ketaatan. Kita boleh menunaikan solat fardu setiap hari, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat, menunaikan haji dan umrah, tetapi adakah semuanya itu dilakukan dengan ikhlas?
Sebagai Muslim yang beradab, tebal dengan sifat sabar, kita hendaklah butakan mata dan pekakkan telinga dengan segala bentuk fitnah terbias kepada kita dengan harapan Allah
lebih berkuasa ke atas segala sesuatu.
Ada yang cuba melawan, dikatakan mudah melatah, ada yang biarkan saja, dikatakan mungkin benar kerana tidak menghilangkan keaiban. Ada yang sanggup bersumpah, dikatakan tepat sebab berani kerana benar.
Ada yang sabar, tabah, tiada kuasa, tiada upaya kerana kemajuan memungkinkan segala-galanya. Buruk sangka, adu domba dan fitnah hanya mainan bibir orang yang lupa dan alpa, menghantar berita penuh tipu daya. Kecanggihan internet digunakan untuk merosakkan minda yang bijaksana, akhirnya umat Islam boleh porak peranda kerana hikmah dibiar saja.
Orang yang sentiasa berada di bawah peliharaan Allah
tidak akan sekali-kali menyerah kalah terhadap ujian hidup yang bertimpa-timpa. Malah, mereka menganggap semuanya sebab untuk menjadikan diri mereka lebih baik daripada sebelumnya.
Justeru, orang yang sabar untuk menunaikan ibadat dan sabar meninggalkan maksiat adalah orang yang mempunyai akhlak luar biasa. Mereka inilah yang akhirnya sabar walau ditentang dan kuat walau dirintang. "MasyaAllah"
(courtesy of nurjeehan.hadithuna.com. Terima Kasih.)Ikhlas dr ku...
Anne